Beliau nampaknya sangat tabah dan positif. Saya menasihatkan En Aziz untuk meneruskan pengambilan Sarapan Nutrisi setiap pagi untuk memastikan badan mendapat zat nutrisi yang seimbang dan membantu mengawal paras gula darahnya. Cell badan beliau perlu kuat untuk menentang cell kanser yang sedang merebak.
~~~~00~~~~
Kanser - semua orang takut mendengarnya....
Saya difahamkan semua orang mempunyai cell-cell kanser dalam badan kita, cumanya adakah ianya akan jadi aktif atau tidak.
Dalam badan manusia ada berjuta, trillion cell. Allah jadikan manusia daripada single cell, bercambah setiap detik dan hari dalam perut ibu sehingga sempurna kejadian dan lahirlah seorang bayi kedunia.
Jadi kita kena jaga badan kita, khususnya cell-cell kita nie perlu diberikan zat nutrisi yang seimbang untuk kesihatan.
Kebanyakkan dari kita dilahirkan dengan badan yang sihat. Badan adalah amanah dari Allah kepada kita untuk digunakan sementara hidup didunia yang entah berapa tahun maximum limitnya...17, 37, 45, 53, 82? Wallahua'lam....
Fikirkan:-
Jika tidak dijaga dengan baik kesihatan badan bagaimana kita hendak
belajar - mak ayah nak anak dapat cemerlang tapi makannya mee segera, nugget - kurang khasiat
berkerja - selalu sakit sebab stress, makan pulak kalau sempat sebab sibuk sangat kejar nak mesyuarat, buat report
berkahwin - sakit kronik, gemuk sangat, kurus sangat, banyak jerawat
beribadah - solat susah nak khusyuk sebab sakit lutut, perut gastrik, letih, lenguh, sakit tak larat nak pi jemaah kat masjid
bermasyarakat - tak konfiden nak bergaul sebab malu dengan penampilan diri, kulit penuh ekzema, badan berbau, asyik berpeluh tak henti-henti, malu nak tido rumah saudara sebab ada masalah buasir...malu org dengar suara dalam toilet, ubat banyak leceh nak berjalan nak kena bawak satu kotak kasut!
Ini hanya contoh-contoh yang pernah saya dengar, kawan-kawan atau saudara-mara bercerita. Macam-macam ada......
Jom jaga kesihatan - tukar sarapan & aktifkan badan!
No comments:
Post a Comment