KENAPA RAMAI DERITA SAKIT KRONIK, ROSAK ORGAN & MATI MUDA?
Pemakanan kita adalah penyebab utama dan ditambah pula dengan gaya kehidupan sekarang yang serba-serbi mengejar masa.
Sewaktu kita sihat, tak terfikir kita bahawa dalam jangka waktu yang lama jika kita teruskan dengan gaya pemakanan yang ikut "sedap, sempat, cepat" ianya akan merosotkan tahap kesihatan.
Suatu waktu dulu, saya pun tergolong jugak kategori diatas tu - kerana tempat kerja yang jauh, balik lambat, so..kalu on the way tu ada drive thru' selalu singgah, boleh kata sebulan paling busuk sekali.
Atau pun singgahlah kat mana-mana kedai makan, by the time sampai rumah dah jam 9, rehat-rehat dalam sejam pastu tido..zzzzz.....
Tu yang kejap jer seluar ketatlah, baju sempitlah....
Bukan mereka yang menjual makanan tersebut yang salah...mereka pun mencari rezeki....
Tapi kita nie yang kurang prihatin dengan kesihatan, kurang2kan makan diluar dan cuba cari alternatif yang lebih sihat.
Sekali-sekali saya pun nak makan-makan diluar.....tapi sekali-sekala, bukannya jadikan amalan.
APAKAH SARAPAN ANDA PAGI INI?Ubah gaya pemakanan anda demi kesihatan.
SARAPAN merupakan makanan pertama untuk permulaan hari & penentu kesihatan masa hadapan, oleh itu adalah penting untuk anda memastikan hari anda bermula dengan sarapan yang sihat & bernutrisi tinggi.
Kurangkan gula & lemak dari sarapan - anda mampu mengubahnya!
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment